Pages

Friday, January 21, 2011

Tuesday, January 11, 2011

NatUre WiTh D3100.....



Hidup ini ibarat seorang manusia yg berada di dlm rimba yg menhijau...hidup tanpa arah tujuan...tercari2 jln yg satu...utk mencapai kejayaan yg satu...




seorang manusiayg sunyi ibarat sepohon pokok tanpa daunnya..tanpa teman yg berada disisi nya utk meredupkn suasana alam....carilah teman agar hidup ini penuh dengan sinar yg bahagia...

kepala pemikiran seorang manusia ibarat sebiji batu...kerasnye susah utk dipecah gune tangan sendiri...sentiasa dengan pendapat sendiri..tanpa hiraukn org disekeliling mereka...ego sentiasa bersarang di dalam hati....namun sekeras2 batu..apabila ombak menghempas ke tubuhnya..akhiranya batu akan terhakis jua...begitulah manusia...apabila di isi dgn kasih syg....akhirnya ego mampu ditewaskn...



namun kehidupan seorang manusia itu ibarat sekuntum bunga...yg mekar selalu...penuh dgn keistimewaan..penuh dgn kecantikan & keindahan yg hakiki...tp akhirnya akan layu...dh terus luput di mamah masa...ibarat manusia..bermula sbg bayi...dan menjadi remaja,dewasa, dan setrusnya menjadi tua..apabila sampai ajalnya...tidak kurang atau lebih sesaat...Ia tetap akan menjemput kita ke sana...

Saturday, October 2, 2010

Alahai Getah Rambut...

SALAM 1 MALAYSIA...

Korang2 yg pakai getah rambut penah terpikir x cmne getah rambut ko di hasilkn??material nye dtg mana???ceh..dh ckp pasal material plak ak ni..huhuhu...ah,lantak lah..yg tu bkn isunye..hehehe..so mase ak online n ronder2 dlm kecanggihan teknologi IT ni..tetib ak terjumpe pasal getah rambut yg made in China punye...tgk dr luar mmg cantik..tp klu di klu di lihat dr isi dlm nye...ha..korang tgk lah sendiri..nnt ak explain smule..hehehe..jom tgk gambo ni..

Ok jer getah rambut ni...


Jeng jeng jeng...


Awat warna pink???


Lor..stokin mlm upenye (kondom)....ish3


korang dh kenal pasti cmne getah rambut ni di buat??yup..tepat skali..dr kondom..hahaha..korang xpercaye???tepuk dada tanye lh sape2 pon...hehehe...


SO BAIK KORANG TENGOK2 KORANG NYE GETAH RAMBUT TU...TAKUT2 LAH KN...!!!!
HEHEHE

Thursday, September 30, 2010

insan kerdil....


mmg ak insan kerdil yg msh mencari hala tuju ku....jd ak sedar siape diri ku....org tue2 pernah pesan.."malu bertanye sesat jln"...tp sanggup ke or ad ke yg sudi beri tunjuk ajar jika ak bertanye???ari ni ak betul2 kecewa..tp xtaulah patut ke ak kecewa sbb benda kecik ni atau pon x????ak sedar siape ak...ak cume manusia yg serba kekurangan....tapi nape ssh sgt utk ak mencari org yg sudi bantu ak...tp xperlulah ak story ape yg berlaku..cukuplah ia jd sebahagian dr kamus hidup ak...ak faham jika itu hanye satu mainan....tp permainan itu wt ak tersentak dr sebahagian dr hidup ak...ak xmarah pd die....tp ak marah pd diri ak sendiri..betullah org ckp..ukur baju pd badan sendiri..maybe ak xsesuai utk bertanye pd die..ak ni hanye menyusah kn die sj...xpelah..ak xkisah pon org nk ckp pe..sbb ak xmarah pon...tp tipulah klu ak xterguris hati...walaupon die xberniat mcmtu...tp ak masih blom bleh menerimanya...ak pon ad perasaan jgk..tipulah klu seorg manusia normal xde berkecil ati jika seseorg itu berkata sesuatu yg leh wt die kecewa...walaupon tau itu hanye main2..tp sedikit sebanyak pasti akan terasa gak...tp ak ttp ucapkn terima kasih pd die...walaupon ak still disappointed...but die wt ak sedar kn..xpelah..ak faham...

Wednesday, September 29, 2010

RAHSIA SOLAT DI SEBALIK DUNIA KESIHATAN...

Assalamualaikum...

Dh lame ak x upgrade blog ak ni..sbb bz sgt ngan keje2 yg smkin ari smkin berlambak2...tension pon ad..hahaha..tp sempat gak ak usha2 link2 yg menarik utk ak bc..just nk release tension..heheehe..cari punye cari..ak terjumpe lah satu article ni pasal kelebihan solat dlm kesihatan kite..so ape kate korang2 smue jom baca article ni..slamat membaca n slamat beramal..hehehe....

KELEBIHAN SOLAT DLM KESIHATAN


AKTIVITI OTOT - Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh," katanya. Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

ISYARAT OTAK - Ng Siew Chok

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tomakninah," katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

KOMPOSISI TUBUH - Dr Fatimah Ibrahim

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain," katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

"Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif," katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

"Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat," katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

"Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal," katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

"Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.


Sunday, September 19, 2010

Selamat Hari Raya semua..hahaha



kepada semua sahabat2 ku sekalian..selamat hari raya maaf zahir batin ye..smoga syawal pd kali ini membawa seribu kebahagian n kecerian kpd kite smue..

Thursday, August 12, 2010

salam Ramadhan..


Ya ALLAH...

Rindunya aku padanya..

Antara dua belas yang kukenal..

Dia yang paling istimewa..

Sungguh istimewa..

Tidak kunafikan..

Namun,layakkah aku menyatakan rindu padanya?..

Adakah dia rindu untuk menemuiku?..

Rindukah dia kepadaku?..


Aku selalu mensia-siakan kehadirannya..

Tidak kuhiraukan sungguh-sungguh..

Apa yang ada padanya,aku pandang sebelah mata..

Terkadang hatiku tidak tulus..


Sedangkan dia Kau kurniakan..

Dia yang Engkau tentukan..

Yang mentarbiyah aku..

Mendekatkan diriku padaMu Ya ALLAH..

Mendidikku menjauhi segalanya yang Kau murka..

Membersihkan hatiku dari noda yang silam..

Tapi aku susah benar untuk menyedari semua itu..

Berdosanya aku..


http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2842